Wednesday 14 January 2015

Kelat menelan Pahitnya Serbuk Kopi



Assalamualaikum dan salam sejahtera . Alhamdulillah Lobak masih diberi peluang untuk bernafas dan menulis sebuah coretan untuk dikongsi bersama kawan-kawan . Pada pagi ini , Lobak diberi kesempatan untuk bersarapan sebelum memulakan pembelajaran yang kedua . Lobak merenung setiap wajah yang lalu lalang disini  melihat kesungguhan mereka menuntut ilmu . Zaman kini diploma itu hanya perkara biasa , sudah ramai yang mempunyai sijil diploma .
Tetapi bukan tentang ini yang lobak ingin ceritakan . Ianya sebuah kisah yang Lobak rasa perlu dicoretkan disini . Lobak nak kongsi mengenai roda kehidupan .

Apabila kita berada di dalam situasi dimana kita hanya seorang , tidak punya kawan , tidak punya saudara di sekeliling kita , sudah pastinya kita merasa sunyi . Haa , itu baru di dunia belum lagi dalam kubur nanti . Situasi ini lahh yang dihadapi oleh Lobak sekarang .
Tambahan pula , Lobak harus menelan kepahitan ini selama 5 bulan . Lobak nak sedih? Tidak guna . Lobak nak gembira? Itu bukan caranya . Lobak hanya senyum untuk menutup kedukaan . Mungkin bagi kalian , hanya remeh sahaja . Tetapi bagi Lobak , banyak dugaan harus ditempuhi dalam negeri orang ini .

Kadangkala , memang ramai di sekeliling kita . Tetapi nak cari yang benar2 ada , memang susah . Yang jenis talam dua muka? Banyak!! Lobak nampak banyak sangat tau , tapi Lobak buat-II tak nampak sebab sakit hati dengan orang sebegini .

Sudah sebulan berlalu , roda semakin berpusing , dugaan semakin banyak mendatang . Lobak hanya perlu bersabar dan hadapi dengan tenang . In Shaa Allah semua ini akan menjadi senang jika kita berusaha dan banyakkan berdoa kepada Allah SWT . Aminn ....

Tuesday 30 September 2014

Topik Hangat: Matlamat Selepas Graduasi

Sedang melihat-lihat skrin laptop , merenung dan berfikir apa yang mahu dicoretkan tengah malam ini , tiba-tiba berkumandang sebuah lagu membuatkan Lobak tersentak dan terdiam . Ya , Lobak tahu apa yang mahu ditulis malam ini . Perlahan-lahan jari ini menaip , ayat-ayat tersusun rapi bagi pembaca faham dan terhibur . Lagu apa yang Lobak dengar? Ya , pasti pembaca ingin tahu lagu apa yang mengetuk jiwa Lobak tengah-tengah malam ini .




Apa-Apa Saja oleh Aboi , lagu ini mengingatkan Lobak tentang satu topik yang menjadi perbualan hangat pagi tadi . Puan Rukaida merupakan salah seorang pensyarah Lobak semester ini . Beliau mengajar subjek Tamadun Islam . Selepas beliau menerangkan tentang zakat di hadapan kelas , ada sebuah soalan yang ditanya membuatkan pelbagai jawapan yang diberi oleh kawan-kawan Lobak .

"Apa nak buat kalau lepas belajar, tiada kerja?"

"Kahwin. Tapi anak-anak , bagaimana mahu kahwin kalau tiada duit?"

Ada yang berfikir , ada yang diam sahaja tetapi ada juga yang tidak putus-putus memberikan pelbagai pendapat yang kadangkala kelakar . Ada saja kerenah kawan-kawan Lobak ini ya , HuHu . Puan Rukaida tidak jemu mendengar pelbagai jawapan yang disuarakan walaupun kebanyakannya tidak masuk akal . Salah satunya adalah jawapan yang mencuit hati satu kelas Lobak .

"Puan , senang je . Kawin dengan anak Datuk ."

HaHa mungkin ada pembaca yang mengiyakan , ataupun yang membantah . Tetapi apa yang Lobak tahu , majoriti kawan-kawan Lobak bersetuju dengan pendapat tersebut . Jawapan yang diberikan oleh salah seorang kawan sekelas Lobak membuatkan Lobak berfikir sejenak . Sahabat karib Lobak hanya mampu memandang dan tersenyum kecil .

Lobak teringat kat seseorang apabila menyebut ayat 'anak Datuk' . Seseorang itu biarlah dirahsiakan namanya kerana dia sendiri mungkin sedang bahagia bersama pilihan hatinya . Dia 'anak Dato' . Ejaan berbeza tapi maksudnya sama kan? Anak kepada seseorang yang mempunyai pangkat . Senang cerita , anak orang kaya .

Kalau kawin dengan anak Datuk , hmmm . Yang Datuk itu ayahnya , bukan dia . Yang ada harta itu ayahnya , bukan dia . Mengapa tidak kawin saja dengan ayahnya? Sah-sah suami kita yang kaya , berkemungkinan segala atau sebahagian harta akan jatuh di tangan kita . HaHa (gelak jahat).

Beralih pada topik utama tadi . Jikalau belajar tinggi tetapi tiada kerja , disuruh kawin . Jika mahu kawin , perlu ada wang . Tetapi tiada wang kerana tiada kerja . Ini lah masalah sekarang yang dialami oleh segelintir mahasiswa dan mahasiswi selepas bergraduasi . Takkan kita nak kawin dengan keluarga kaya? Kalau perempuan bolehlah , bagaimana pula dengan lelaki?

Kerana itu lah kita perlu bersedia dan merancang masa hadapan . Zaman kini , kita ada sijil setinggi mana pun , belum tentu kita akan senang dapat kerja . Tambahan pula , kebanyakkan syarikat-syarikat ingin mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang . Kita juga perlu mengubah sikap 'memilih kerja' . Tidak semestinya kita boleh mendapat kerja mengikut sijil yang kita ada . Ambil sahaja segala peluang yang ada , jangan sia-siakan .

Akhir sekali , tawakkal . Berserah pada Allah S.W.T. Segala apa yang ada didunia ini , adalah ciptaan-Nya . Banyakkan berdoa agar kehidupan kita diberi rahmat oleh-Nya . Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya . Ingat ya , lebih baik kita sendiri yang berharta daripada mengikat hubungan dengan orang yang berharta . Renung-renungkan wahai teman . Wallahualam . Assalamualaikum . =)


P/S: Maaf jika lagu gambar serta tajuk tidak seberapa sesuai dengan coretan ini . Otak jem sikit , nak dekat final exam wehh!!

Monday 9 June 2014

Kelantan : Apa Yang Menarik ?


Alhamdulillah pada 6 - 8 Jun 2014 Lobak berpeluang untuk bercuti bersama keluarga . Destinasi kami di Kota Bharu , Kelantan . Cuti nih bukan saja-II je tau . Sebenarnya 8 Jun kami kena menghadiri kenduri kawin member abang Lobak . Alang-II dah ke luar negeri tu , apa salahnya melawat negeri orang . Ala , sambil berenang minum air gitu :D

Bermula perjalanan kami selepas solat jumaat tetapi , tergendala seketika . Malangnya , kereta yang kami naiki (kereta abah) , tidak selamat untuk meneruskan perjalanan . Cermin kereta depan retak , entah batu mana lahh yang mengetuk cermin nih , hurmm . Kami terpaksa berpatah balik . Kereta abah ditinggalkan seketika di rumah kakak dan kami mulakan perjalanan kembali dengan naik kereta abang .



Haa , nmpk ta mke exited terlebih Lobak nih ? HeHe maklumlah , seronok sangat . Tapi lama-II busan gak sebab lalu jalan nampak pokok je kiri kanan . Ikut Gerik , jalan okay cuma saket ponggong duduk lama-II . Disebabkan berhenti banyak-II kali , sampai lah ke destinasi pada tengah malam . Cari hotel yang ditempah pun agak lama , memang agak parah . Lepas check-in hotel dan campak barang-II , kami pun keluar mencari makan dan kembali ke hotel . Bermula lahh dengkuran kepenatan . :p

Esoknya , hari sabtu 7 Jun , Lobak dipaksa bangun awal sebab nak jalan-II . Mula-II tu biasalah , liat sangat . Tapi pikir nak jalan , bangun jugak lah , huhu . Lepas dah pakai shomell-II , keluar sarapan . Di Kelantan , agak susah nak cari masakan panas sebab kebiasaan mereka makan nasi di waktu pagi . Jadi sarapan pagi kami adalah nasi kerabu !! Tapi Lobak tak habiskan sebab tak biasa , agak mual nak makan . HuHu Lobak memang mengada sikit . "__"

Lepas kenyang , memang jalan-II lah . Nak dipendekkan cerita , Lobak bagitahu lokasi lawatan kami jelaa . Karang penat korang jelaa nak baca celotah Lobak nih . Bermula dari kampung kraftangan , wakaf che yeh , pasar siti khadijah , pantai sri tujoh , pantai cahaya bulan , pengkalan kubor , istana jahar , istana batu , istana balai besar , muzium perang . muzium islam dan macam-II lagi . Memang sangat memenatkan tetapi seronok sebab setiap tempat yang dilawati mempunyai latar belakang yang tersendiri .

Bercerita pasal makanan , kalau pergi Kelantan , mesti kena rasa sup . Sebab kat sini ada satu keunikan rasa yang lain daripada yang lain . Haa , rasa sup nya agak masam-II sedikit ala-II masakan Thai gitu .

Masa tengahari , Lobak dan family sempat merasa makan kat kampung kraftangan . Disitu ada sebuah restoran , namanya Restoran Nasi Ulam . Kalau korang pergi , confirm puah hati lahh , HaHa . Makanannya sedap , murah dan mantop . Memang ramai yang datang , sesak habeh . Biasa kalau pergi kedai makan nasi campur , mesti kita amik nasi dan lauk buh dalam pinggan . Tapi kat situ , korang akan makan seperti di rumah . Lauk kena amik sendiri , ala buffet . Yang menariknya , boleh buat sambal belacan sendiri . Tapi Lobak cedok je sambal yang disediakan , maleh katakan . Air pula disediakan di dalam jug . Haa , nak air amik lahh jug tu . Tapi kalau datang sorang , order air satu cukup lahh -__-

Pada keesokan harinya , Lobak sempat bersarapan di laman Pasar Siti Khadijah , bersebelahan dengan pasar . Haa , disitu terdapat masakan panas . Bagi yang tak tahu nak sarapan kat mana , boleh lah pergi di sana . Makanannya pun sedap-II belaka .

Setelah itu , Lobak sekeluarga menuju ke Ketereh . Haa , nak pergi kenduri lahh . Kenduri nih sebelah pengantin lelaki . Jadi , kenduri yang dibuat ala-II kenduri kesyukuran gitu . Ini yang moleknya . Tak perlu buat meriah-II sebab lelaki kan dah keluarkan belanja meminang , buat yang biasa-II baru okay . Boleh lah simpan duit untuk berkeluarga . Hehe . Menu yang dihidangkan ala buffet pun agak santai . Ada ayam bandar , ayam kampung , daging , sayuran , buah tembikai dan kuih-muih . Air pun ada tiga jenis . Memang sedap , rasa nak tambah pun ada tapi Lobak segan walaupun dipelawa oleh ibu pengantin lelaki . HeHe

Bila dah tiba masa nak balik , agak sedih pun ada . Sebenarnya banyak tempat lagi yang tak sempat dilawati . Yelah , masa yang diperuntukkan pun sedikit jadi dapat jejalan sikit jelaa . Shopping pun tak banyak sebab tak muat bonet kereta , Haha LaLaLa ^___^

Kami balik menggunakan jalan yang sama seperti kami datang . Jadi , sekali lagi sakett ponggong >__< . Sebelum gelap , akhirnya sempat gak berhenti di Banjaran Titiwangsa . Semasa perjalanan ke Kota Bharu , kami tiba di waktu malam jadi tak nampak lahh gunung-ganang . Jadi bila dapat tiba waktu petang nih , seronok dapat tengok keindahan gunung-II di Puncak Banjaran Titiwangsa . Setelah itu kami kembali menyambung perjalanan dan tiba sebelum tengah malam .

Sebelum mengakhiri celoteh ini , Lobak nak mintak ampun mintak maaf kalau ada tersalah bicara tersalah kata . Apa yang Lobak tulis nih pun ada kekurangannya . Kalau nak tahu erti percutian di Kota Bharu , pergi lah bercuti di sana . Korang akan nampak apa yang Lobak cuba gambarkan di celoteh ini . Lobak mintak maaf jika apa yang ditulis tidak mencukupi , segala kekurangan datang daripada Lobak sendiri . Celoteh ini diakhiri dengan Assalamualaikum :)

Ps : Lobak belanja satu gambar keindahan di Puncak Banjaran Titiwangsa (:

Thursday 5 June 2014

Cantik dan Hensem , Perfect Ke ?



Ramai golongan-II yang cantik dan hensem ni boleh dikatakan seorang yang hot . Tengok lah , yang ramai followers mesti golongan-II yang sebegini kan . Tapi korang tahu tak , jadi cantik dan hensem ni ada macam-II kebaikan dan kekurangannya . Lobak? Tak cantik pong +__+

Lobak dah follow dan mengikuti perkembangan yang cantik-II dan hensem-II ni di laman sosial . Kalau bab likers , memang parah nak membaca siapa yang like , banyak sangat . Kalau bab komen , fuh! Semua komen yang hot-II je . Memang tak dinafikan , diorang perfect belaka . Pakaian tu tak nampak baju sama . Hari-II baju lain je . Habis laman sosial Lobak tenggelam disebabkan laman-II sosial hot mereka .

Tapi , kenapa kebanyakan golongan seperti ini 'single' ? Yela , diorang hot kan . Mesti ramai orang suka , mesti lah diorang akan jumpa pasangan yang terbaik . Adakah mereka  ini memilih kerana mereka hot ? Ye , mereka memilih . Lobak tidak katakan semuanya tapi kebanyakannya sebegitu .

Dari pengalaman Lobak sendiri , Lobak pernah bercinta dengan jejaka hot . Bukan sekali , bukan 2 kali tetapi 3 kali !! Haa , apa yang diorang pandang pada Lobak ni pun tak tahu lah . Malangnya , percintaan Lobak berakhir di pertengahan jalan . Sebabnya , curang , kena bash dengan peminat-II lelaki tu dan mendiamkan diri secara tiba-II . Bukan Lobak tetapi mereka .

Percintaan dengan mereka sama sahaja seperti bercinta dengan golongan biasa . Walaupun , mereka hot tetapi mereka tetap insan macam kita-II jugak . Curang ? Yela , dah namanya hot . Kalau dapat yang lagi cute lagi hensem , confirm orang macam Lobak ni ditinggalkan . Bash ? Memang parah bab ni . Sampai ada yang ugut pun ada , Sebab tu Lobak terpaksa tinggalkan dia . Mungkin tiada jodoh . Diamkan diri ? Tu namanya kurang ajar . Tetibe je diam , jumpa macam buat tak kenal je . Huh!

Cantik dan hensem , tak semua yang hot ye . Sebab kadang-II tengok orang tu comellah , hensemlahh tetapi kenapa dia tak hot eh ? Itu sebab mereka tidak mendedahkan identiti mereka di laman sosial . Haa , senang citer , mereka tak mahu jadi hot .

Kalau bolehkan , terutamanya yang beragama Islam , tolonglah jaga aurat anda . Lobak lihat , banyak lelaki hensem dan wanita cantik ini suka mendedahkan aset mereka . Ini antara sebab mereka menjadi popular di laman sosial mengalah artis gitu . Haa , Islam kan ? Perlu ke berpakaian seperti kafir ? Jangan kerana anda cantik , anda hensem , jadi anda boleh lupa Allah . Ingat lah , setiap kejadian itu Allah yang buat . Jadi , Allah lah yang buat korang jadi cantik dan hensem ni . Jangan sampai Allah tarik balik baru anda nak menyesal . Allahuakbar !

Akhir kalam , tidak salah untuk menjadi cantik dan hensem . Ini adalah suatu kelebihan untuk menarik perhatian jentina yang berbeza dengan kita , terutamanya orang yang kita suka . Lobak sendiri pun sentiasa berusaha untuk menjadi cantik . Tetapi , jangan lah menjadi cantik dan hensem dengan cara yang salah . Jangan gunakan kecantikan dan kehenseman anda dengan cara yang salah . Hello people , use it wisely okay . Assalamualaikum .

Wednesday 4 June 2014

Kaum Lelaki , Kaum Adam



Tidak dinafikan lelaki kini sudah makin pupus , terutamanya yang baik dan teruna . Susah sangat nak jumpa lelaki yang benar-II ikhlas berada di samping kita . Lobak pun dah pening dengan isu lelaki ni . Yang gatal ramai je , tepi longkang pun boleh jumpa . Tak kira lah dari yang penagih dadah hinggalah yang bergelar doktor . Ish-III .

Lobak cuba fahami lelaki dengan berkawan . Kalau nak tengok lelaki ni baik ke tak , kena kawan dulu . Sebab kalau kita tengok luaran , memang susah nak gambarkan sifat sebenar mereka . Diorang ni kadang-II nampak je jahat . Tapi bila kita dah kawan , sebenarnya ada yang baik .

Tapi kan , patut ke Lobak jelaskan yang lelaki ni ada satu masalah je sebenarnya . Lelaki suka ngorat je . Haa , yang kata tidak , yang duk geleng-II tu membohong je . Lelaki kalau nampak perempuan cantik , perempuan single , mesti nak ngorat kan ? Alah , Lobak tahu semua benda tu perkara biasa je zaman sekarang . Zaman dulu pun macam ni jugak kan .

Lelaki memang dilahirkan dengan 9 akal dan 1 nafsu sahaja . Tapi 1 nafsu pun lelaki tak boleh nak kawal ? Jangan memperlekehkan kaum lelaki ye . Sebab nafsu tu tak boleh dikawal disebabkan wanita . Kalau wanita tu berpakaian menutup aurat , takdenye lelaki nak jadi jahat . Betulkan ?

Lelaki playboy? Hurm ini lah yang menyedihkan kaum wanita . Lelaki sebenarnya bukan tak nak setia . Cuba kita fikir dulu apa yang terjadi pada lelaki di masa silam . Mungkin dia pernah dikecewakan oleh wanita sehingga dia serik untuk setia lagi . Playboy ni lama-II akan setia juga bila dia jumpa seseorang yang istimewa nanti . Kan-II ?

Tetapi wahai kaum Adam , tak boleh buat macam ni jugak . Lelaki kena fikir , benda yang lepas tu lepas lah . Kena fikir lah , mungkin ada hikmahnya di setiap kejadian . Takkan lelaki nak balas dendam pada wanita yang tak bersalah kot . Hati wanita ni rapuh tau , jangan cuba hancurkannya .

Kalau bolehkan , jadi lah seorang yang baik . Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik . Haa , kan ada pepatah tu . Lelaki , jadi lah insan yang baik . Jagalah wanita yang disayangi . Yang paling penting , hidup tu kena tingkat kan dulu . Iman tu jangan main celup-II je .

Lelaki , korang insan yang semakin sedikit . Ambil lah peluang ini untuk mencari wanita yang terbaik . Jangan lupa agama , cuba menjadi insan yang baik . Haa , kerja tu biar elok sikit . Nak kahwin , nanti kena sara anak bini . Takkan nak kerja gaji RM600 sebulan ? Mesti nak jadi ketua keluarga yang hebat , jadi contoh kepada isteri dan anak-II . Akhir kata , lelaki ni insan yang terhebat sebenarnya . Corakkan hidup anda menjadi yang terbaik dan terhebat . Baru wanita pandang . Assalamualaikum .